academic

UncategorizedNovember 7, 2009 1:54 am

Para penyelidik Pengajian Farmasi USM berjaya menghasilkan kaedah mengesan ubat yang mengandungi gelatin dari punca khinzir. Penyelidikan tersebut diketuai oleh PM Dr Gam Lay Harn. Kumpulan penyelidik tersebut dianggotai sama oleh beberapa penyelidik lain iaitu Zuraidah Mohd Zubir dan Yap Beow Keat. Gelatin boleh terhasil dari punca babi dan lembu. Gelatin babi lebih luas penggunaannya kerana sumber yang banyak dan murah. Penemuan USM membolehkan kandungan gelatin babi dikesan sekali pun kandungan yang rendah pada kadar 20%. Penemuan kajian tersebut amat besar manfaatnya kepada umat Islam.

- - - -

UncategorizedOctober 29, 2009 3:16 am

Helava adalah nama yang amat sinonim dengan fotogrammetri digital iaitu satu bidang khusus dalam geomatik. Dr Helava (nama penuhnya Uki V Helava) meninggal dunia pada Jun 7, 1994 setelah dua tahun menghadapi kanser. Petikan orbituari beliau yang terbit dalam GeoInfo Ogos ‘94 menyebut beliau sebagai …

"One of the fathers of photogrammetry. His concept of the analytical plotter has resulted in system which are the keystone of photogrammetric data collection worldwide. He formed his own company to bring digital photogrammetry into everyday production." 

- - - - -

UncategorizedOctober 26, 2009 4:32 am

Peralatan teknologi Laser Scanning System untuk kegunaan geodetik mula diperkenal pada pertengahan tahun 1990-an (i.e., sekitar 1995). Sejak itu LSS telah memberi banyak manfaat terutama memudahkan perolehan data 3D secara besar-besaran dan pantas.

Buku mengenai Topographic Laser Scanning

Buku merupakan himpunan artikel yang diedit oleh Jie Shan dan Charles K Toth. Shan dari Dept of CE Purdue University dan Toth dari Center for Mapping, OSU.

- - - - -

UncategorizedOctober 23, 2009 1:43 pm

 

Engineering Surveying

Buku Engineering Surveying Edisi ke-6 oleh Wilfred Schofield & Mark Breach terbitan tahun 2007. Schofield mantan Senior Lecturer Civil Engineering, Kingston University dan Breach adalah Senior Lecturer di NottinghamTrent University.

- - - - - -

UncategorizedSeptember 28, 2009 2:49 am

Petrol gred Ron95 mula diperkenal kepada pengguna kenderaan M’sia pada 1 September lalu. Harga jualan Rm1-80 seliter. Ron95 diperkenal sebagai alternatif kepada petrol Ron97 yang selama ini petrol gred premium dalam negara. Ron97 kini dinaik harga kepada Rm2-05 seliter.

Apa kata pakar ipta mengenai Ron95? Profesor Taufiq Yap dari Upm menyuarakan kegusaran beliau mengenai Ron95. Beliau dipetik sebagai berkata "Petrol Ron95 akan menyebabkan peningkatan paras plumbum di udara sekali gus memberi kesan buruk kepada rakyat".

Petikan pendapat Prof Taufiq

Profesor Dr Taufiq Yap merupakan Ketua Laboratori Sains dan Teknologi Pemangkin UPM. Seorang Prof dari ipta lain pula menyokong penggunaan Ron95. Kualiti setanding dengan Ron97 malah harga lebih murah pula katanya. Macam mana tu? Boleh ke kualiti sama harga murah. Itu pandangan pengampu kata komentar ini - rubbertapperz.

UncategorizedSeptember 19, 2009 4:34 am

Syeikh al-Rabwah merupakan seorang tokoh kimia tersohor di zaman kegemilangan Islam. Nama penuh beliau adalah Shams al-Din Muhammad bin Ali Talib al-Dimashqi. Syeikh al-Rabwah telah menulis sebuah buku mengenai proses kimia dan penyulingan berjudul "Nukhbat al-Dahr".  Judul penuh kitab tersebut adalah Kitab nukhbat al-dahr fi ‘ajaib al-barr wa-al-bahr. Syeikh al-Rabwah merupakan seorang ulama dan imam terkenal di Rabwah (sebuah kampung berhampiran kota Dimasyq, Syria). Beliau lahir pada 1256-57M dan wafat pada tahun 727H/1327M. (Butiran di atas dipetik dari buku tulisan Ustaz Mohd Fikri).

Kitab tulisan al-Rabwah menjadi terkenal dan diterbitkan oleh pihak Barat atas usaha seorang tokoh orientalis berasal dari Denmark Michael August Ferdinand Mehren (1822-1898M). Salinan digital buku terjemahan bahasa Perancis oleh Mehren dengan judul "Cosmographie De Chems-Ed-Din Abou Abdallah Mohammed Ed-Dimichqui" boleh diperolehi di sini - books.google.

Kajian yang dipetik dari sebuah sumber internet (klik sini - openlibrary) menyebut bahawa buku nukhbat al-dahr masih diterbitkan (terakhir pada tahun 1983). Namun sumber yang sama menyebut kitab tersebut sebagai buku bidang Geography (bukannya kimia). Sumber muslimheritage pula menulis judul terjemahan nukhbat al-dahr fi ajaib al-barr wal bahr sebagai "Selection of the age on the wonders of the land and the sea".

- - - - -

UncategorizedSeptember 5, 2009 4:49 am

Bagi mereka yang belajar bidang geomatik atau ukur tanah pastinya pernah membaca jurnal Bulletin Geodesique. Ia merupakan jurnal paling tersohor. Kini ia tidak diterbit lagi dan diganti oleh Journal of Geodesy. Beberapa volume lama BG masih tersimpan di Psz. Dalam era ICT kita masih berpeluang untuk melihat apakah artikel yang terbit dalam BG bermula dari volume sulong bulan Julai tahun 1946 hinggalah volume penamat (Vol 118) bulan Disember tahun 1975.

Pada volume sulong tersebut terdapat sejumlah 12 artikel. Kesemua artikel dalam volume tersebut ditulis dalam bahasa Perancis kecuali satu dalam bahasa Inggeris. Maknanya ilmu geodesi pada masa awal dikuasai oleh Perancis. Satu-satunya artikel Inggeris adalah oleh F A Vening Meinesz berjudul "The indirect isostatic or bowie reduction and the equilibrium figure of the earth". 

Nota: Sebetulnya BG telah mula terbit pada tahun 1924 iaitu Vol 1 pada bulan Januari tahun 1924. Ia terus terbit hingga Vol 65-68 pada Januari tahun 1940. Penerbitan tersebut terhenti akibat tercetus perang dan disambung semula pada tahun 1946 selepas berakhir perang dunia ke-2.

UncategorizedJune 21, 2009 1:45 am

Dr Roslan Mohd Noor adalah ahli akademik Akademi Pengajian Islam UM. Beliau merupakan pakar mengenai Sejarah Palestine, Jerusalem-Islam, Zionisme dab bidang seangkatan. Beliau memperolehi PhD dari University of Aberdeen. Beliau telah menyumbang kertas kerja terkini mengenai isu Palestin & Zionisme dalam sebuah seminar "Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis" di PWTC. Beliau juga aktif dalam seminar anjuran ILIM seperti "Seminar Pemikiran Islam" yang berlangsung pada April 2009. Sebuah lagi pembentangan beliau berjudul "Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Pemerintahan Islam di Andalusia: Teladan dan Sempadan" disampaikan dalam ‘Seminar Baldatun Tayyibah: Model Andalusia’ anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Selangor. Seminar berkenaan berlangsung di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor pada Mei 2009.

Blok A Asrama Kolej 12 UM

Blog tulisan Dr Roslan boleh di baca di sini. Serlahan ketokohan beliau dikutip melalui kertas kerjanya di seminar pemikiran berkaitan Islam Liberal anjuran PUM.

UncategorizedJune 19, 2009 2:46 pm

Kumpulan penyelidik dari UPM telah menghasilkan sistem perisian Gis untuk kegunaan pertanian sawah padi. Sistem Gis berkenaan  dikenali sebagai Paddy-Gis Precision Farmer. Ia turut memenangi Anugerah Diamond di Pameran Ciptaan British (BIS) 2008 di London.

Inovasi Paddy Gis (Berita Harian - 4/6/09)

- - - - -

UncategorizedJune 16, 2009 2:06 pm

Sambutan Hari Guru di negara kita diraikan pada Mei 16 setiap tahun. Sambutan tersebut sudah menjadi tradisi sejak lama (i.e., sejak tahun 1972). Hari Guru turut diraikan oleh banyak negara lain namun tarikh sambutannya berbeza antara satu negara dengan yang lain. Sebagai contoh sambutan Hari Guru di Syria ialah pada bulan Macl (i.e, tarikh 8 atau 13 Mac), Mexico pada bulan Mei (tarikh 15 Mei), dan Cyprus pada bulan September (tarikh 12 Sept). Hari Guru di sambut pada bulan Oktober di Canada (tarikh 4 Okt), Algeria (tarikh 5 Okt) dan Brazil (tarikh 15 Okt). Manakala di Indonesia sambutan Hari Guru adalah pada bulan November (tarikh 25 Nov).

Di sesetengah negara Hari Guru turut dipromosi melalui terbitan setem khas. Berikut adalah beberapa contoh setem Hari Guru yang telah dkeluarkan oleh negara Syria, Mexico, Cyprus, Canada, Algeria, Brazil, Canada, dan Indonesia (susunan menurut tarikh sambutan Hari Guru).

Syria (8 Mac 2003)

- - - - -

Syria (13 Mac 2004)

- - - - -

Syria (13 Mac 2005)

- - - - -

Mexico (15 Mei 2005)

- - - - -

Mexico (15 Mei 2007)

- - - - -

Mexico - 15 Mei 2008

- - - - -

Cyprus (12 Sept 2002)

- - - - -

Canada (4 Okt 2002)

- - - - -

Algeria (5 Oktober 2006)

- - - - -

Brazil (15 Okt 2005)

- - - - -

Indonesia (15 Nov 2004)

- - - - -