academic

UncategorizedMarch 29, 2007 12:41 am

Ruangan Kenali Bahasa Al-Quran adalah satu kolum yang menarik di akhbar sisipan Mega setiap Khamis. Kolum ini dikendalikan oleh Dr Abd Razak Abu Chik. Selain memfokus kepada pembelajaran bahasa Arab kolum tersebut diselit juga dengan topik tertentu yang berkisar kepada budaya Arab dan Islam. Sebagai contoh pada keluaran 29/3/07 telah diutarakan tajuk "Tamar - makanan segera dan segar".

 

Tajuk ini bertepatan dengan isu hangat masa kini iaitu impak makanan segera. Yang menariknya penulis telah menyelitkan cadangan berkaitan tamar kepada banyak pihak sepertti Kementerian Pertanian  Asas Tani, UPM, Felda, Mardi dan sebagainya

UncategorizedMarch 23, 2007 3:05 am

Usaha membina pra-sarana pendidikan seperti mendirikan mrsm baru sememangnya dialu-alukan. Bilangan pelajar yang berjaya cemerlang dalam upsr dan pmr semakin ramai. Mereka memerlukan mrsm sebagai tempat belajar. Setakat ini ada sejumlah 37 mrsm di seluruh negara.

Menurut sebuah laporan, sebanyak 6 buah mrsm akan memulakan operasi pada tahun ini (2007). Enam mrsm tersebut masing-masing di Alor Gajah, Gemencheh, Kubang Pasu, Merbok, Kepala Batas dan Pengkalan Hulu, Perak. Selain itu, sebuah lagi mrsm akan beroperasi pada tahun 2008 iaitu di Trolak melalui kerjasama mara dan felda. Pihak felda telah menyediakan premis bagi mrsm berkenaan. 

Blok akademik Mrsm Mersing

Sementara itu, dalam RMK9, lapan lagi mrsm baru akan dibina. Lokasinya adalah masing-masing di Trengganu, N9, Johor - Pasir Gudang, Selangor, Kedah - Baling, Pahang, Kelantan dan Sabah.

Uncategorized 1:06 am

Kementerian Pelajaran telah mengorak langkah untuk merombak struktur pentadbiran JPN. Satu isu yang timbul adalah mengenai penempatan pegawai PTD di sesetengah JPN. Hal itu tidak dipersetujui oleh para warga pendidik. Apa kesudahannya?

Uncategorized 1:01 am

Reka bentuk bangunan dan lanskap persekitaran merupakan elemen penting untuk merangsang murid belajar. Dalam hal ini MRSM kelihatan terkedepan. Senibina bangunannya nampak menarik dan lain tempat lain pula reka bentuknya.

MRSM Langkawi 

MRSM Pasir Salak

UncategorizedMarch 8, 2007 9:17 am

Banyak sekolah tua terdapat di negara kita. Yang ramai orang tahu adalah sekolah yang diasaskan oleh misionari seperti VI di KL, Anderson di Ipoh, KGV di Seremban, Penang Free dan seangkatannya. Namun selain itu banyak juga sekolah melayu yang tua. Nanti masukkan beberapa senarai sebagai contoh.

Di Batu Kurau Perak pun rupanya ada sebuah sekolah tua yang dah berusian satu abad .. SK Pantai Besar. Kat mana tempatnya tu?

Cerita penuh dan gambar lain boleh di baca di sini.

Uncategorized 9:09 am

Melaka merancang membuka sebuah kampung buku. Ia akan di buka Mac ini di Air Keroh. Apa jadi kepada kampung buku di Langkawi? Dah bungkus! Saudara Rustam mengulas hal ini. Baca tulisan beliau.

Ini ke Langkawi Book Village ? (belum pernah sampai !)

UncategorizedMarch 1, 2007 4:48 am

Baru saja diperkenalkan satu program - modul hubungan etnik,  kini satu lagi modul dalam pembikinan iaitu Modul Keusahawanan (MK). Penyediaan dilakukan oleh Jawatankuasa Pembangunan MK diketuai oleh Prof Madya Dr Ahmad Faiz Hamid. Beliau merupakan TNC (HEP) di UPM.

Uncategorized 4:38 am

Satu program baru - Unity Camps - diperkenalkan untuk murid sekolah. Program berkenaan anjuran Jabatan Perpaduan Negara akan bermula pada cuti sekolah bulan Mac ini. Pada tahun ini sebanyak 33 kem akan diadakan. Seramai 40 murid akan menyertai setiap kem yang berlangsung selama 4 hari 3 malam.

Tetapi kenapa dibuat pada waktu cuti? Murid sekolah pun perlu berehat.