Usaha membina pra-sarana pendidikan seperti mendirikan mrsm baru sememangnya dialu-alukan. Bilangan pelajar yang berjaya cemerlang dalam upsr dan pmr semakin ramai. Mereka memerlukan mrsm sebagai tempat belajar. Setakat ini ada sejumlah 37 mrsm di seluruh negara.

Menurut sebuah laporan, sebanyak 6 buah mrsm akan memulakan operasi pada tahun ini (2007). Enam mrsm tersebut masing-masing di Alor Gajah, Gemencheh, Kubang Pasu, Merbok, Kepala Batas dan Pengkalan Hulu, Perak. Selain itu, sebuah lagi mrsm akan beroperasi pada tahun 2008 iaitu di Trolak melalui kerjasama mara dan felda. Pihak felda telah menyediakan premis bagi mrsm berkenaan. 

Blok akademik Mrsm Mersing

Sementara itu, dalam RMK9, lapan lagi mrsm baru akan dibina. Lokasinya adalah masing-masing di Trengganu, N9, Johor - Pasir Gudang, Selangor, Kedah - Baling, Pahang, Kelantan dan Sabah.