Ruangan Kenali Bahasa Al-Quran adalah satu kolum yang menarik di akhbar sisipan Mega setiap Khamis. Kolum ini dikendalikan oleh Dr Abd Razak Abu Chik. Selain memfokus kepada pembelajaran bahasa Arab kolum tersebut diselit juga dengan topik tertentu yang berkisar kepada budaya Arab dan Islam. Sebagai contoh pada keluaran 29/3/07 telah diutarakan tajuk "Tamar - makanan segera dan segar".

 

Tajuk ini bertepatan dengan isu hangat masa kini iaitu impak makanan segera. Yang menariknya penulis telah menyelitkan cadangan berkaitan tamar kepada banyak pihak sepertti Kementerian Pertanian  Asas Tani, UPM, Felda, Mardi dan sebagainya