academic

UncategorizedAugust 30, 2007 12:33 am

Akhbar sisipan Mega pada 30 Ogos ‘07 memuatkan rencana mengenai ionosfera sebagai medium komunikasi. Rencana tersebut mengetengahkan penyelidikan oleh Dr Ahmad Zuri Sha’ameri dari Makmal Pemprosesan Isyarat Digital, FKE UTM.

 

UncategorizedAugust 14, 2007 6:22 am

Sebuah sekolah berasrama penuh sedang dalam permbinaan di Bagan Datoh. Projek tersebut adalah sebahagian dari RMK9. Menurut sebuah laporan berita sekolah berkenaan dijangka siap penghujung tahun 2008. Petikan berita seperti di bawah;

“Three schools, in Tapah and Bagan Datoh in Perak, and in Rembau, Negri Sembilan, are scheduled to be completed by the end of next year with the remaining ones in 2009 and 2010,” he told reporters after presenting prizes to the winning teams in the finals of the Prime Minister’s Trophy debate competition yesterday.

Sign board pembinaan Sek Men Sains Bagan Datoh

Progres peringkat kerja tanah

(Gambar pada Mac 2007)

Uncategorized 3:15 am

Kebelakangan ini banyak dibincangkan mengenai kebersihan makanan di sekolah. Perbicangan tersebut hangat lebih-lebih lagi sejak berlakunya banyak kes keracunan makanan. Maka timbul saranan supaya kantin sekolah dibuat pengredan sebagaimana yang dilakukan oleh PBT terhadap restoran dan kedai makan. Ternyata dah ada pun kantin sekolah yang telah ditukar kepada konsep cafe seperti mana sebuah SMK di Melaka.

  

Kat mana SMK Seri Tanjung ni? Kat Tanjung Keling ke?

UncategorizedAugust 13, 2007 6:38 am

Pelajar asrama perempuan SMK Bawang Assan telah didenda oleh warden asrama. Tandas asrama telah tersumbat oleh tuala(?) wanita. Warden marah dan dendanya rendam mereka dalam kolam. Heboh juga cerita di akhbar. Banyak yang marah warden tu. Namun ramai juga yang memberi sokongan. Kisahnya berakhir dengan pelajar dan warden saling bermaafan.

Baca laporan kesudahan cerita itu di sini dan juga di sini.

SMK Bawang Assan sebuah sekolah di Sibu, Sarawak. Kenapa nama Bawang Assan?