academic

UncategorizedFebruary 19, 2008 5:29 am

Kenali cendekiawan Muslim di Malaysia. Sebuah rencana pernah menyertakan beberapa pakar yang boleh dikategori sebagai cendekiawan di bidang pengajian Islam. Rencana tersebut menyoroti sebuah program agama yang pernah di adakan di ibu negara. Makanya cendekiawan yang muncul tentulah berlatar belakang pengajian Islam.

Antara tokoh yang disebut di situ adalah;

- Prof Dr Mohamad Ridzuan Othman, Jabatan Sejarah UM

- PM Syed Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Pengarah Kewangan UKM Holdings

- Dr Abu Bakar Sarpon, Penyelaras Projek Kanan, Program Pembangunan Pengurusan Intan

- Profesor Dr Rosnani Hashim, Pensyarah Institut Pendidikan, UIAM

- Profesor Dr Zakaria Stapa, Dekan FPI, UKM

Uncategorized 5:00 am

Bidang asas tani kini mendapat perhatian yang meluas di media tempatan. Banyak artikel, rencana dan berita tentangnya dipapar di akhbar harian. Salah satunya adalah berkait dengan pemakaian ICT dalam bidang pertanian sebagaimana dibincangkan oleh Profesor Dr Ramli Abdullah. Beliau merupakan pakar Bioteknologi Reproduktif Haiwan, Universiti Malaya.

UncategorizedFebruary 16, 2008 11:48 pm

Dalam bidang geomatik terdapat banyak institusi yang menerbitkan penerbitan yang baik mutunya. Salah satunya adalah Finnish Geodetic Institute berpengkalan di Helsinki. Buku terbitan mereka boleh dibeli secara on-line. Setiap order dihantar amat cepat dan akan diterima dalam tempoh 10 hari. Bayaran akan minta dijelaskan kemudian.

Sampul digunakan oleh FGI

UncategorizedFebruary 4, 2008 4:23 am

Seorang pensyarah USM pernah membincangkan mengenai orientalisma dalam kolum Ilmuan Islam di akhbar Utusan Malaysia. Ilmuan berkenaan ialah Dr Atikullah Abdullah pensyarah di Bahagian Pengajian Islam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.

Mauduk orientalisma seharusnya diberi perhatian oleh umat islam untuk kita mendapat pendedahan mengenai usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang menentang Islam. Banyak buku telah diterbitkan untuk menangkis serangan para orientalis terhadap Islam. Salah satunya adalah buku Akar Gerakan Orientalisma.