academic

UncategorizedJanuary 27, 2009 10:17 am

Kecenderungan para akademik untuk berkempen menyokong ahli politik bukanlah suatu yang baru. Sebuah tulisan oleh akademik dari Melaka menyokong pemimpin negeri tersebut disiarkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini. Bacalah komen mengenai tulisan tersebut di sini. Sebuah lagi petikan isu yang hampir sama ada di sini. pimpinan

UncategorizedJanuary 23, 2009 3:36 am

 

Dr Shanlong Kuang

Kuang kini bertugas di American Surveying Consultant, Illinois. Di firma berkenaan beliau memegang jawatan Director of Geodetic Surveys. Kuang memperolehi PhD dari UNB pada tahun 1991 dengan tesis berjudul "Optimization and design of deformation monitoring schemes". Beliau mula bekerja di ASC pada tahun 1994.

Kuang telah menerbitkan sebuah buku "Geodetic Network Analysis and Optimal Design" pada tahun 1996.

Terbitan Ann Arbor Press, Michigan

UncategorizedJanuary 22, 2009 3:43 am

 

Stella Pytharouli

Pytharouli merupakan penyelidik muda yang aktif dalam kajian analisa deformasi geodetik. Beliau kini bertugas sebagai Research Fellow di Dept of CE, Strathclyde University. Stella mula betugas di SU pada September 2007. Beliau menjalankan penyelidikan di bawah grant yang diterima oleh Dr Lunn pada Januari 2007.

Sebelum ke SU Stella merupakan pelajar PhD di Patras University di bawah Professor Stiros pada 2004-2007. Mula aktif dengan penglibatan FIG di Santorini (2003). Beliau pernah menerima zamalah - Marie Curie Fellow di IESSG Nottingham University selama empat bulan pada 2005.

Senarai penulisan beliau agak panjang. Salah satunya ialah - Analysis of the geodetic monitoring record of the Ladhon Dam Greece dibentang dalam FIG Week Athens pada 2004. Sedikit maklumat lagi di sini.

Research Fellow, Gran NERC SU.

UncategorizedJanuary 17, 2009 12:08 am

 

Sebuah perpustakaan awam baru sudah dibuka di JB sejak beberapa bulan lalu. Perpustakaan berkenaan terletak di Jalan Yahya Awal. Hingga kini masih belum ada kesempatan untuk mengunjunginya. Baca laporan di akhbar sahaja.

 

Petikan dari BH

Tengok tajuk berita… bertaraf antarabangsa. Macam mana koleksi bukunya .. bertaraf antarabangsa juga ke atau sekadar perpustakaan Kemas! 

UncategorizedJanuary 9, 2009 11:53 pm

 

Penyelidik dari UTP berjaya mencipta plastik larut air. Ianya satu inovasi yang dapat menyumbang kepada mengurangi pencemaran alam sekitar kesan dari pembuangan plastik.

UncategorizedJanuary 7, 2009 3:47 am

 

PM Dr Mohd Fauzi Hamat

Dr Mohd Fauzi merupakan di Akademi Pengajian Islam UM. Beliau lulusan PhD dari UM dan turut menjadi pakar rujuk kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Sarawak. Beliau turut terlibat dalam projek terjemahan Al-Quran Al-Munir (karya asal Dr Wahbah Zuhayly). Dr Mohd Fauzi bersama penterjemah lain telah menterjemah Juzuk 29. Baca cv beliau di sini.

Tafsir Al-Munir Juzuk 29