academic

UncategorizedFebruary 26, 2009 3:01 am

Projek konservansi ini melibatkan kawasan Empangan Temenggor, Tasek Belum dan Tasek Banding. Siapa yang menerajui projek ini? Kumpulan penyelidik dari USM di ketuai Profesor Dr Mashhor Mansor. Turut terlibat adalah Dr Daniel Baskaran (wakil Yayasan Pulau Banding) dan Prof Dr Donald Jackson dari Universiti Missisippi State AS. Beliau merupakan pakar mengenai ikan air tawar. Tumpuan kajian yang dijalankan adalahuntuk memulihara habitat terancam seperti ikan kelah, temoleh dan tengas.

Projek Belum/Banding - Sisipan Mega

 

UncategorizedFebruary 24, 2009 1:56 am

Seorang ahli akademik dari UPM - PM Datuk Dr Khazani Abdullah merupakan salah satu nama yang disebut menjadi calun Pas dalam prk036. Namun beliau akhirnya tidak terpilih dan pencalunan ternyata lebih memihak kepada tokoh politikus yang juga Adun Wakaf Mempelam Hj Mohd Abdul Wahid Endut.

Sebuah bangunan awam di kawasan taman permainan Batu Buruk KT - banyak wang yang dibelanjakan untuk bangunan seperti ini di merata tempat Bandar KT yang kelihatannya seperti ‘under-utilized’

UncategorizedFebruary 13, 2009 7:10 am

Dr Francis W O Aduol

Prof Francis Aduol adalah ahli akademik dan Principal di College of Architecture and Engineering, University of Nairobi, Kenya. Dr Aduol bertugas di uonbi sejak tahun 1977 sebagai Tutor. Beliau memperolehi PhD dari Stuttgart University pada tahun 1988. Baca cv beliau di sini.

Di antara terbitan di jurnal dan prosiding oleh beliau adalah

1. Aduol FWO (1994) "Robust geodetic parameter estimation through iterative weighting" Survey Review, Vol 32, No 252, April.

2. Awange JL & Aduol FWO (2002) "An evaluation of some robust estimation techniques in the estimation of geodetic parameters - Part II." Survey Review, Vol 36, No 283, January.

3. Aduol FWO (2003) "Robust geodetic parameter estimation under least squares through weighting on the basis of the mean square error." In Geodesy - The Challenge of the Third Millennium (Eds: E W Grafarend, F W Krumm, and V S Schwarze), Springer Verlag.

UncategorizedFebruary 11, 2009 5:31 am

Clement A Ogaja

Dr Clement Argwings Ogaja adalah Assistant Professor of Geomatics Engineering di CSU Fresno. Beliau mula bertugas di Fresno pada Ogos 2007. Sebelum itu beliau bekerja di Geosciene Australia dari 2003-2007.  Bidang kepakaran Ogaja adalah structural monitoring using GPS. Baca cv beliau di sini.

UncategorizedFebruary 9, 2009 1:13 am

 

Professor Dr Khairuddin Abd Hamid kini memegang jawatan Naib Canselor Unimas Sarawak. Beliau merupakan alumni FKE UTM. Perlantikan beliau menerajui Unimas turut mendapat liputan dalam Berita Alumni UTM.

Sebagai anak kelahiran Felda Kemendore Melaka kejayaan Prof Khairudin turut mendapat penghormatan warga Felda. Akhbar sisipan Felda keluaran Jan 31 memberi ruang berita kepada kejayaan Prof Khairudin.

Sisipan Felda UM

UncategorizedFebruary 1, 2009 2:48 am

Penyelidikan kedoktoran oleh Jamilah Talib (UKM) meliputi kerja mengesan manusia pra-sejarah. Tapak kajian beliau ialah kawasan paya bakau Pulau Kelumpang, Kuala Gula Perak. Penyelidik telah menghantar sampel ke sebuah makmal di AS untuk menentukan usia bahan yang mereka temui. Makmal berkenaan mengesahkan usia sampel adalah meledihi 1800 tahun. Bayaran dikenakan untuk ujian ialah Rm18,000.

Majalah Dewan Budaya (Disember 2008)