Allan Pope adalah ahli geodesi yang terkenal dengan teknik Pope’s Test dalam pengesanan selisih kasar. Teknik Pope’s diperkenal melalui penulisan beliau "The statistics of residuals and the detection of outliers" NOAA Technical Report NOS65 NGS1, 1976.
Pope merupakan lulusan MSc dari OSU tahun 1966. Tesis MSc beliau berjudul "Strain analysis of repeated triangulation for the analysis of crustal movement". Penyelidikan MSc beliau mendapat penghargaan Kaarina & Weikko Heiskanen Award dari School of Geodetic Science OSU bagi tahun 1966. Antara tokoh lain yang pernah menerima anugerah tersebut ialah Krakiwsky (1967), Haim Papo (1969), Dermanis (1977), Jekeli (1978), John Hannah (1979), Cheinway Hwang (1991), Dorota Brezezinska (1993), Ming Yang (1995), Juan Serpas (2000) dan ramai lagi. Baca senarai penuh pemenang award tersebut di sini.
Di peringkat ijazah pertama Allan Pope mengikuti bidang fizik dan memperolehi BSc dari Louisiana State University pada tahun 1962. Beliau meninggal dunia pada 29 Ogos 1985 ketika usia masih muda (44 tahun) akibat penyakit diabetes. Pada ketika itu Pope sedang bersedia untuk memulakan profesion akademik di Dept of Surveying Engineering, Maine University. Baca biodata beliau di sini.

