Program sekolah bestari memasuki fasa baru dengan pemilihan sekolah luar bandar sebagai penerima baru. Sebelum ini sekolah bestari adalah khas untuk sekolah elit dan SBP. Kini program dibawah seliaan Kementerian Pelajaran dan (Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) itu telah diperluas ke sekolah luar bandar. Sebanyak 15 sekolah telah dipilih untuk pelaksanaan sekolah bestari luar bandar. Antara yang berjaya adalah SMK Felda Besout Sungkai.

Sekolah bestari bermaksud sekolah berkenaan dibekalkan alat-alat inovatif serta aplikasi untuk pengurusan sekolah, untuk P&P serta pengurusan perubahan untuk guru besar, pengetua dan guru. Turut diterima adalah latihan tambah nilai pengintegrasian bahan-bahan berasas ICT dan pemantauan secara on-site oleh pembimbing dari IPTA.

Dua buah sekolah - SMK Ampang Pecah dan SK Felda Palong 14, Gemas menjadi sekolah ’showcase’. Sebagai sekolah showcase mereka akan menerima nilai tambah sumbangan syarikat tempatan dan global seperti Oracle, Microsoft dan Intel.

- - - - -