academic

UncategorizedJune 21, 2009 1:45 am

Dr Roslan Mohd Noor adalah ahli akademik Akademi Pengajian Islam UM. Beliau merupakan pakar mengenai Sejarah Palestine, Jerusalem-Islam, Zionisme dab bidang seangkatan. Beliau memperolehi PhD dari University of Aberdeen. Beliau telah menyumbang kertas kerja terkini mengenai isu Palestin & Zionisme dalam sebuah seminar "Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis" di PWTC. Beliau juga aktif dalam seminar anjuran ILIM seperti "Seminar Pemikiran Islam" yang berlangsung pada April 2009. Sebuah lagi pembentangan beliau berjudul "Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Pemerintahan Islam di Andalusia: Teladan dan Sempadan" disampaikan dalam ‘Seminar Baldatun Tayyibah: Model Andalusia’ anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Selangor. Seminar berkenaan berlangsung di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor pada Mei 2009.

Blok A Asrama Kolej 12 UM

Blog tulisan Dr Roslan boleh di baca di sini. Serlahan ketokohan beliau dikutip melalui kertas kerjanya di seminar pemikiran berkaitan Islam Liberal anjuran PUM.

UncategorizedJune 19, 2009 2:46 pm

Kumpulan penyelidik dari UPM telah menghasilkan sistem perisian Gis untuk kegunaan pertanian sawah padi. Sistem Gis berkenaan  dikenali sebagai Paddy-Gis Precision Farmer. Ia turut memenangi Anugerah Diamond di Pameran Ciptaan British (BIS) 2008 di London.

Inovasi Paddy Gis (Berita Harian - 4/6/09)

- - - - -

UncategorizedJune 16, 2009 2:06 pm

Sambutan Hari Guru di negara kita diraikan pada Mei 16 setiap tahun. Sambutan tersebut sudah menjadi tradisi sejak lama (i.e., sejak tahun 1972). Hari Guru turut diraikan oleh banyak negara lain namun tarikh sambutannya berbeza antara satu negara dengan yang lain. Sebagai contoh sambutan Hari Guru di Syria ialah pada bulan Macl (i.e, tarikh 8 atau 13 Mac), Mexico pada bulan Mei (tarikh 15 Mei), dan Cyprus pada bulan September (tarikh 12 Sept). Hari Guru di sambut pada bulan Oktober di Canada (tarikh 4 Okt), Algeria (tarikh 5 Okt) dan Brazil (tarikh 15 Okt). Manakala di Indonesia sambutan Hari Guru adalah pada bulan November (tarikh 25 Nov).

Di sesetengah negara Hari Guru turut dipromosi melalui terbitan setem khas. Berikut adalah beberapa contoh setem Hari Guru yang telah dkeluarkan oleh negara Syria, Mexico, Cyprus, Canada, Algeria, Brazil, Canada, dan Indonesia (susunan menurut tarikh sambutan Hari Guru).

Syria (8 Mac 2003)

- - - - -

Syria (13 Mac 2004)

- - - - -

Syria (13 Mac 2005)

- - - - -

Mexico (15 Mei 2005)

- - - - -

Mexico (15 Mei 2007)

- - - - -

Mexico - 15 Mei 2008

- - - - -

Cyprus (12 Sept 2002)

- - - - -

Canada (4 Okt 2002)

- - - - -

Algeria (5 Oktober 2006)

- - - - -

Brazil (15 Okt 2005)

- - - - -

Indonesia (15 Nov 2004)

- - - - -

UncategorizedJune 14, 2009 2:16 am

Pusat Islam USM telah mengadakan sebuah seminar - Seminar Percambahan Pemikiran Islam: Dimensi 7 Prinsip Universiti APEX, Bersama Merealisasikan APEX. Dimensi 7 Prinsip merangkumi masa hadapan, kelainan, kelestarian, kemanusiaan, kesejagatan, perubahan dan pengorbanan. Kesemua dimensi tersebut mestilah selari dengan nilai ajaran Islam. Antara resolusi seminar tersebut adalah mencadangkan penubuhan JK Percambahan Pemikiran Islam di USM. memberi nasihat dan pandangan berhubung kaedah serta pelaksanaan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran dan pendidikan Universiti APEX USM.

Masjid Daerah Tanah Merah

Foto di atas sekadar paparan sahaja dan tiada sebarang kaitan dengan USM.

- - - - -

Kertas kerja yang dibentang dalam seminar berkenaan adalah seperti berikut (sumber - pmiusm);

1) Pencapaian Universiti APEX : Satu tanggungjawab, satu kewajipan
( Ybhg. Prof. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim, Timb. Dekan Penyelidikan dan Siswazah, Pusat Pengajian Sains Farmasi USM.)

2) Pendidikan Integratif : Strategi membangun sumber daya holistik
( Prof. Dr Sidek Baba, Institut Pendidikan UIAM)

3) Perubahan Dalam Konteks Penghijrahan Minda
( Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Yusof Osman, Pengarah Institut Islam Hadhari UKM)

4) Kelainan Kreativiti Dan Ibqari Minda
(Ybhg. Datin Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Pengarah Pusat Dialog Peradaban UM)

5) Pengorbanan : Teras Pembangunan Intelektual dan Pengiktirafan Andalusia
( Tuan Haji Mohd Zamrus Mohd Ali, Imam Besar Masjid Al Malik Khalid, USM)

6) Masa Hadapan: Menjangkau Bintang, Meraih Mercu
(Ybhg Prof Dato’ Ir Dr.Zaini Ujang, Naib Canselor UTM)

7) Kelestarian: Antara Sinergi Ilmu dan Alam Dalam Dunia Pendidikan
(Ybhg. Dato’ Prof. Ibrahim Ahmad Bajunid, Prof kunjungan USM)

8) Kesejagatan: Suatu Tuntutan Penerokaan, Penyerapan dan Penyebaran Ilmu.
(Ust. (Dr.) Muhammad Uthman El- Muhammady, fellow akademik ISTAC UIAM)

- - - - -

UncategorizedJune 2, 2009 5:30 am

Balai Cerap atau Observatory merupakan suatu infrastruktur yang penting dalam kajian fizik astronomi. Negara kita telah mempunyai beberapa buah balai cerap yang dibina di beberapa tempat. Antaranya adalah di Langkawi (milik Agensi Angkasa Negara), di Tg Bidara Melaka (milik kerajaan negeri Melaka) dan di Kuching. Namun begitu tidak banyak yang diketahui mengenai aktiviti yang dijalankan di balai cerap berkenaan.

Perhatikan pula sebuah balai cerap yang terdapat di Chile (sebuah negara di Amerika Selatan). Balai Cerap berkenaan dikenali sebagai Paranal Observatory atau ada juga yang mengejanya sebagai Paranol Observatory. Ia merupakan sebuah Observatory di bawah naungan European Organization for Astronomical Research in the Southern Hemisphere (ESO).

Paranal Observatory, Chile

Observatory ini agak terkenal dan kerap menerima penyelidik dari merata tempat. Empat buah bangunan besar yang kelihatan dalam foto adalah fasiliti yang dikenali sebagai Very Large Telescope Array (VLT). Setiap VLT tersebut mempunyai namanya tersendiri iaitu - Antu, Kueyen, Melipal dan Yepun. Baca mengenainya di sini (laporan seorang penyelidik dari METU Turki). Foto besar VLT Yepun boleh dilihat di sini (laporan penyelidik dari Berkeley).

Empat nama yang disebutkan adalah perkataan dalam bahasa Mapuche atau Mapudungun (bahasa satu puak asli Chile). Baca laporan mengenai pemilihan nama tersebut di sini. Kalau dterjemahkan nama tersebut bermakna The Sun (Antu), The Moon (Kueyen), The Southern Cross (Melipal) dan Venus (Yepun). Perbincangan mengenai makna dan terjemahan Yepun agak panjang dan boleh dibaca di sini.

- - - - -

UncategorizedJune 1, 2009 2:46 pm

Ukm telah mewujudkan Institut Kajian Oksidental (Ikon) - sebuah institut bagi mengkaji ehwal negara Barat. Ada empat buah Pusat yang bernaung di bawah Ikon iaitu Pusat Kajian Amerika (Kamera), Pusat Kajian Amerika Latin, Pusat Kajian Australasia dan Pusat Kajian Nordic. Sebuah lagi pusat bakal ditubuhkan iaitu Pusat Kajian Eropah. Mungkin di masa mendatang ditambah pula dengan sebuah lagi pusat - pusat kajian slav.

 

- - - - -