Balai Cerap atau Observatory merupakan suatu infrastruktur yang penting dalam kajian fizik astronomi. Negara kita telah mempunyai beberapa buah balai cerap yang dibina di beberapa tempat. Antaranya adalah di Langkawi (milik Agensi Angkasa Negara), di Tg Bidara Melaka (milik kerajaan negeri Melaka) dan di Kuching. Namun begitu tidak banyak yang diketahui mengenai aktiviti yang dijalankan di balai cerap berkenaan.

Perhatikan pula sebuah balai cerap yang terdapat di Chile (sebuah negara di Amerika Selatan). Balai Cerap berkenaan dikenali sebagai Paranal Observatory atau ada juga yang mengejanya sebagai Paranol Observatory. Ia merupakan sebuah Observatory di bawah naungan European Organization for Astronomical Research in the Southern Hemisphere (ESO).

Paranal Observatory, Chile

Observatory ini agak terkenal dan kerap menerima penyelidik dari merata tempat. Empat buah bangunan besar yang kelihatan dalam foto adalah fasiliti yang dikenali sebagai Very Large Telescope Array (VLT). Setiap VLT tersebut mempunyai namanya tersendiri iaitu - Antu, Kueyen, Melipal dan Yepun. Baca mengenainya di sini (laporan seorang penyelidik dari METU Turki). Foto besar VLT Yepun boleh dilihat di sini (laporan penyelidik dari Berkeley).

Empat nama yang disebutkan adalah perkataan dalam bahasa Mapuche atau Mapudungun (bahasa satu puak asli Chile). Baca laporan mengenai pemilihan nama tersebut di sini. Kalau dterjemahkan nama tersebut bermakna The Sun (Antu), The Moon (Kueyen), The Southern Cross (Melipal) dan Venus (Yepun). Perbincangan mengenai makna dan terjemahan Yepun agak panjang dan boleh dibaca di sini.

- - - - -