Petrol gred Ron95 mula diperkenal kepada pengguna kenderaan M’sia pada 1 September lalu. Harga jualan Rm1-80 seliter. Ron95 diperkenal sebagai alternatif kepada petrol Ron97 yang selama ini petrol gred premium dalam negara. Ron97 kini dinaik harga kepada Rm2-05 seliter.
Apa kata pakar ipta mengenai Ron95? Profesor Taufiq Yap dari Upm menyuarakan kegusaran beliau mengenai Ron95. Beliau dipetik sebagai berkata "Petrol Ron95 akan menyebabkan peningkatan paras plumbum di udara sekali gus memberi kesan buruk kepada rakyat".
Petikan pendapat Prof Taufiq
Profesor Dr Taufiq Yap merupakan Ketua Laboratori Sains dan Teknologi Pemangkin UPM. Seorang Prof dari ipta lain pula menyokong penggunaan Ron95. Kualiti setanding dengan Ron97 malah harga lebih murah pula katanya. Macam mana tu? Boleh ke kualiti sama harga murah. Itu pandangan pengampu kata komentar ini - rubbertapperz.
