Bagi mereka yang belajar bidang geomatik atau ukur tanah pastinya pernah membaca jurnal Bulletin Geodesique. Ia merupakan jurnal paling tersohor. Kini ia tidak diterbit lagi dan diganti oleh Journal of Geodesy. Beberapa volume lama BG masih tersimpan di Psz. Dalam era ICT kita masih berpeluang untuk melihat apakah artikel yang terbit dalam BG bermula dari volume sulong bulan Julai tahun 1946 hinggalah volume penamat (Vol 118) bulan Disember tahun 1975.

Pada volume sulong tersebut terdapat sejumlah 12 artikel. Kesemua artikel dalam volume tersebut ditulis dalam bahasa Perancis kecuali satu dalam bahasa Inggeris. Maknanya ilmu geodesi pada masa awal dikuasai oleh Perancis. Satu-satunya artikel Inggeris adalah oleh F A Vening Meinesz berjudul "The indirect isostatic or bowie reduction and the equilibrium figure of the earth". 

Nota: Sebetulnya BG telah mula terbit pada tahun 1924 iaitu Vol 1 pada bulan Januari tahun 1924. Ia terus terbit hingga Vol 65-68 pada Januari tahun 1940. Penerbitan tersebut terhenti akibat tercetus perang dan disambung semula pada tahun 1946 selepas berakhir perang dunia ke-2.