Syeikh al-Rabwah merupakan seorang tokoh kimia tersohor di zaman kegemilangan Islam. Nama penuh beliau adalah Shams al-Din Muhammad bin Ali Talib al-Dimashqi. Syeikh al-Rabwah telah menulis sebuah buku mengenai proses kimia dan penyulingan berjudul "Nukhbat al-Dahr".  Judul penuh kitab tersebut adalah Kitab nukhbat al-dahr fi ‘ajaib al-barr wa-al-bahr. Syeikh al-Rabwah merupakan seorang ulama dan imam terkenal di Rabwah (sebuah kampung berhampiran kota Dimasyq, Syria). Beliau lahir pada 1256-57M dan wafat pada tahun 727H/1327M. (Butiran di atas dipetik dari buku tulisan Ustaz Mohd Fikri).

Kitab tulisan al-Rabwah menjadi terkenal dan diterbitkan oleh pihak Barat atas usaha seorang tokoh orientalis berasal dari Denmark Michael August Ferdinand Mehren (1822-1898M). Salinan digital buku terjemahan bahasa Perancis oleh Mehren dengan judul "Cosmographie De Chems-Ed-Din Abou Abdallah Mohammed Ed-Dimichqui" boleh diperolehi di sini - books.google.

Kajian yang dipetik dari sebuah sumber internet (klik sini - openlibrary) menyebut bahawa buku nukhbat al-dahr masih diterbitkan (terakhir pada tahun 1983). Namun sumber yang sama menyebut kitab tersebut sebagai buku bidang Geography (bukannya kimia). Sumber muslimheritage pula menulis judul terjemahan nukhbat al-dahr fi ajaib al-barr wal bahr sebagai "Selection of the age on the wonders of the land and the sea".

- - - - -