academic

UncategorizedNovember 19, 2009 8:22 am

Satu cara menilai sesebuah universiti adalah dengan melihat dari sudut ranking. Ada berbagai kaedah untuk ranking dinilaikan dan ia memang suatu yang abstrak dan juga kontroversi. Berbagai komen, ulasan, dan jawab-menjawab akan didengari setiap kali keputusan ranking diumumkan pada saban tahun. IPTA dalam negara dinilai rankingnya oleh KPT melalui sistem yang dipanggil Setara. 

Ranking Setara 

Dalam kategori RU: UM mendahului dan diikuti oleh UPM, UKM dan USM.

Bagi kategori broadbased: UIAM dan UiTM berada pada ranking yang sama diikuti oleh UMS dan Unimas.

UTM mendahului dalam kategori specialized university diikuti ole UTHM, UPSI, UniMap dan lain-lain.

Uncategorized 8:15 am

Journal of Arabic & Islamic Studies (JAIS) adalah sebuah jurnal akademik terbitan Department of History, Lancaster University, UK. JAIS dikendali oleh Profesor Alex Metcalfe sebagai editor. Barisan sidang editor yang lain adalah Aziz al-Azmeh, Frederic Bauden, Joseph Norment Bell, Michael G Carter, Agostino Cilardo, Kinga Devenyi, Lutz E Edzard, Antonella Ghersetti, Jaakko Hameen-Anttila, Carole Hillenbrand, John O Hunwick, David A King, Pierre Larcher, Stefan Leder, Wilferd Madelung, Juan Quesada Martos, James E Montgomery, Ute Pietruschka, Paul G Starkey, Juan A Souto, John O Voll, dan Petr Zamanek.

Lihat dan teliti beberapa artikel yang boleh dimuat-turun dari JAIS.

Journal of Arabic & Islamic Studies (Lancaster University)

- - - - -

UncategorizedNovember 17, 2009 9:03 am

Buku "Application of 3D Measurement from Images" terbitan CRC Press (Taylor & Francis) tahun 2007. Mengandungi beberapap bab yang ditulis oleh sekumpulan penulis. Buku di edit oleh John Fryer, Harvey Mitchell & Jim Chandler.

Application of 3D Measurement from Images

Fryer adalah Emeritus Professor di UNSW, Mitchell adalah Senior Lecturer di University of Newcastle, Australia dan Chandler Pensyarah di CE Dept, Loughborough University.

- - - - - 

UncategorizedNovember 8, 2009 9:32 am

Majalah sisipan estidotmy keluaran Oktober diterbit dengan tema utamanya Oseanografi.

Oseanografi (st.my)

Baca dan lihat siapa tokoh akademik yang dimuatkan dalam keluaran tersebut …

- - - - -

UncategorizedNovember 7, 2009 1:54 am

Para penyelidik Pengajian Farmasi USM berjaya menghasilkan kaedah mengesan ubat yang mengandungi gelatin dari punca khinzir. Penyelidikan tersebut diketuai oleh PM Dr Gam Lay Harn. Kumpulan penyelidik tersebut dianggotai sama oleh beberapa penyelidik lain iaitu Zuraidah Mohd Zubir dan Yap Beow Keat. Gelatin boleh terhasil dari punca babi dan lembu. Gelatin babi lebih luas penggunaannya kerana sumber yang banyak dan murah. Penemuan USM membolehkan kandungan gelatin babi dikesan sekali pun kandungan yang rendah pada kadar 20%. Penemuan kajian tersebut amat besar manfaatnya kepada umat Islam.

- - - -